KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Zeti yang memakai jubah berwarna biru gelap, tiba pada jam 1.55 petang dengan diiringi beberapa pegawai bagi mengikuti perbicaraan kes di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan).
Pada prosiding 23 November tahun lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa pernyataan saksi sudah tersedia dan Zeti akan membacanya dalam prosiding seterusnya.
Bagaimanapun, prosiding yang bermula jam 3 petang itu belum memanggil Zeti untuk memberi keterangan.
Ia selepas peguam bagi pihak Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masih menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) Kevin Michael Swampillai.
Perbicaraan bermula dengan Muhammad Shafee memohon maaf atas ketidakhadirannya dalam prosiding yang sepatutnya bermula jam 9 pagi.
“Saya mohon maaf, kerana pagi tadi saya tidak sihat dan berterima kasih kepada mahkamah kerana memahami,” katanya.
Dalam prosiding sebelum ini, isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan timbul selepas Muhammad Shafee bertanyakan soalan kepada saksi ke-39 pendakwaan, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di kediaman Zeti.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, (mendiang) Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu bahawa, soalan tersebut boleh ditanya kepada Zeti sendiri kerana mereka akan memanggil wanita terbabit untuk memberi keterangan dalam kes ini.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014, manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Perbicaraan di hadapan bersambung Khamis. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 26 2023
Zeti Aziz hadir di Mahkamah Tinggi pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi
Saksi memberitahu ahli perniagaan, Low Taek Jho membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Ltd tiga bulan sebelum menerima AS$700 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi 1MDB mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.
BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke akaun salah iaitu syarikat Jho Low.
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti
Itu jawapan tegas bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila dicadangkan bahawa bahawa Jho Low yang rapat dengan suaminya, Datuk Tawfiq Ayman akan datang ke rumahnya.
Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah mendapatkan semula wang 1MDB.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd